HARGA PRODUK

Harga untuk pembelian produk adalah tertakluk kepada harga yang di paparkan di website www.dimazonline.

KOS PENGHANTARAN

Kos penghantaran tidak termasuk di dalam harga produk. Ianya tertakluk kepada lokasi iaitu samada di Semenanjung atau Sabah/Sarawak

SYARIKAT PENGHANTARAN

Pihak Dimaz Online menggunakan perkhidmatan penghantaran produk melalui Pos Malaysia/Pos Laju dan J&T

JANGKA MASA PENGHANTARAN PRODUK

Jangka masa penghantaran produk adalah di antara 1-3 hari (Semenanjung) dan 3-7 hari (Sabah/Sarawak). Jangka masa penghantaran tertakluk juga pada situasi semasa sekarang iaitu akibat gejala pandemik yang melanda, jangka masa penghantaran berkemungkinan akan lewat dari masanya bergantung pada tempat dan situasi.

PROSEDUR TEMPAHAN DAN PENGHANTARAN

  • Segala tempahan yang dibuat sebelum pukul 10pagi (hari bekerja), penghantaran akan dibuat pada hari yang sama (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).
  • Segala tempahan yang dibuat selepas pukul 12.00 tghari (hari bekerja), penghantaran akan dibuat pada hari berikutnya (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).

KEROSAKAN PRODUK

Sekiranya berlaku kerosakan pada produk yang dihantar (akibat kecuaian pihak syarikat), pihak syarikat akan menggantikan semula dengan produk yang baru dan kos penghantaran semula kepada pihak Dimaz Online akan ditanggung oleh pihak pelanggan. Pihak Dimaz Online akan menanggung kos penghantaran semula kepada pelanggan. Pihak pelanggan wajib mengembalikan kepada Dimaz Online produk yang telah rosak sekiranya ingin ditukarkan dengan produk yang baru.

AKAD PEMBELIAN

Produk yang telah dibuat bayaran dan telah dibuat penghantaran, tiada pemulangan semula pembayaran yang telah dibuat oleh pihak pelanggan.